Langkau ke kandungan utama

Lembaran sejarah Smk Batu Melintang


Pendahuluan

  • SMKBM dibuka dan menerima pelajar pertama pada 1hb. Disember 1990. Namanya diambil sempena nama kampung tempat terletaknya sekolah ini iaitu Kampung Batu Melintang.Jeli,Kelantan
  • Sekolah ini terletak di atas tapak seluas 16 ekar  di kaki Banjaran Titiwangsa yang tingginya 220 meter dari aras laut. Belanja pembinaannya ialah RM 1.4 juta dibiayai oleh Bank Dunia.
  • Pelajar kumpulan perintis yang pertama pada 1hb. Disember 1990 ialah terdiri daripada 3 kelas ( satu kelas tingkatan 1 seramai 18 orang dan dua kelas tingkatan 2 seramai 48 orang ).
  • Kumpulan guru perintis seramai 10 orang termasuk pengetua iaitu En. Wan Ahmad bin Wan Ishak.

Perkembangan Fizikal / Peristiwa

  • 1990
  • Dibina 3 bangunan asas iaitu 2 bangunan tiga tingkat dan 1 bangunan kantin, 2 bangunan tiga tingkat mengandungi 18 buah bilik darjah, 3 buah makmal sains, 4 buah bilik   manipulatif, 1 dewan, 1 pusat sumber, 1 pejabat pentadbiran dan 1 bilik pengetua.

  • 1994 -Sebuah bengkel manipulatif dan asrama desa dibina.
  • 1996 - Sebuah musalla sekolah bernilai RM 60,000.00 siap dibina sumbangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
  • 1996 - Taman Rimba Rekreasi / tempat takungan air dibina sebagai tempat perkhemahan dan sumber air kepada sekolah.

  • 1997 - Kelas aliran Sains ( tingkatan 4 ) mula dibuka dengan kumpulan perintis seramai 15 orang.

  • 1998 - Taman Q sebagai tanda ke arah peningkatan kualiti Pendidikan sekolah siap dibina.
  • 1998 - Jabatan Pendidikan Negeri telah meluluskan sejumlah RM 19,000.00 untuk meluaskan Dewan Makan Asrama.

  • 1998 - Pembinaan Pondok Ilmu melibatkan kos sejumlah RM 5000.00 sumbangan YB. En Abdul Aziz Derashid ( ADUN Pergau ).

  • 1999  - Dua blok bangunan 4 tingkat dibina.
  • 2003 - Kuarters Guru 8 unit 4 tingkat dibina.
  • 2004 - Pembinaan 2 blok bangunan tambahan asrama 4 tingkat dan 1 blok dewan makan.
  • 2005 - Pembinaan musalla untuk asrama sekolah dibina.
  • 2011-Membina takungan air dan saliran air ke sekolah dari Bukit Berinching
  • 2012 – Hampir kesemua prasarana sekolah lengkap dan moden memungkinkan SMKBM sebagai sekolah luar bandar yang dinamik
  • 2013 –Pengetua Tn Hj Saari Bin Daud bertukar ke Smk Batu Gajah.Jawatan pengetua dipangku oleh    Pen kanan pentadbiran Pn Naimah Bt Che Harun
  • 2014- Puan Rosni Bt Ismail memulakan tugas sebagai pengetua baru.
  • Smkbm mencatatkan keputusan spm yang memberangsangkan  berbanding tahun tahun sebelumnya dengan gred purata sekolah 5.60

  • 2015 – Jan 2015,Lebih 100 0rang pelajar smkbm  khususnya anak –anak tentera berpindah sekolah ke Bukit Cina kok Lanas kerana Kem Tentera 302 Rejmen Sempadan Batu Melintang dalam proses menaikan taraf. Jumalah pelajar Smkbm Mengecil sekitar 480 orang sahaja
  • 2016 –Pembinaa Dewan terbuka yang baru telah siap dibina dengan anggaran Rm 300,000.
  • 2017- Mac 2017,kepimpinan sekolah bertukar lagi daripada Puan Hj Rosni Bt Ismail kepada  Tuan Hj Mat Nasir Bin Ishak.
  • Jan 2018-kepimpinan baru diambil alih oleh En Nadzri Bin Ismail setelah Tn Hj Mat Nasir bertukar ke SMK Bunut Susu


Ulasan

  1. Salam Tuan. Satu usaha yg baik. Kalau tak keberatan tambah sedikit maklumat tentang enrolmen murid dan guru.

    BalasPadam

Catat Ulasan