Langkau ke kandungan utama

Kejohanan Merentas Desa Peringkat PPD Jeli


Kejohanan merentas desa peringkat PPD Jeli telah diadakan pada hari rabu, 24 jan 2018 bertempat di SMK Jeli.Seawal jam 7.00 pagi peserta telah berkumpul di padang permainan SMK Jeli.

SMK Batu Melintang telah menghantar 22 peserta dari empat kategori  di iringi oleh guru-guru iaitu PK Hem Pn Kasumi Musa,En Abd Aziz,En Zaidi ,En Ariff Rasidin, En Nik Mohd zaman,Pn Maiza Hanim dan Pn Nik Samihah.

Peserta dari sekolah kita iaitu Ros Amira Najwa Rosli (ting 4A1) mengungguli tempat pertama dalam kategori  P 18 tahun ,manakala Mohd Aiman Hazimi (ting 4A2) meraih tempat ketiga dalam kategori L 18 Tahun. Untuk kategori  bawah P15 tahun Nurul Afiqah Samasali mendapat tempat ke 5.ketiga-tiga peserta ini terpilih mewakili PPD Jeli untuk meneruskan cabaran di peringkat negeri yang akan berlangsung sekitar Mac depan.

Kepada peserta rentas desa dan guru pembimbing diucapkan tahniah dan selamat maju jaya.






 

Ulasan

  1. Tahniah utk atlit SMKBM, lonjakkan prestasi utk terus berjaya Dan maju kehadapan serta berjaya mengimbangi kejayaan kokurikulum bersama akademik dalam memenuhi Falsafah Pendidikan Negara

    BalasPadam

Catat Ulasan