
Acara pada pagi tadi dimulakan dengan aktiviti regangan dan senam robik melibatkan semua guru dan murid yang hadir. Kemudian, satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Abd Aziz Mohammad kepada para peserta untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap checkpoint mengambil tempat, para peserta telah dilepaskan mengikut kategori.Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh pengetua Smk Batu Melintang, En.Nadzri bin Ismail,Pkp Tn Hj Ashaari Omar,Pk Ko Pn Kasumi Musa dan Pegawai pendidikan daerah Jeli En Ezani.
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, di mana semua peserta yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ke-10 dalam kategori masing-masing telah menerima hadiah.
Ulasan
Catat Ulasan