Langkau ke kandungan utama

Majlis perpisahan Ust Mohd Ariff Rasidin

6 feb 2018,SMK Batu Melintang kehilangan seorang lagi guru yang amat berdedikasi iaitu Ustaz Mohd Ariff Rasidin Awang yang akan bertukar ke SMK Kg Laut ,Tumpat.

Majlis perpisahan bersama ustaz telah diadakan secara ringkas dalam perhimpunan pagi selasa lalu.Beliau menyampaikan ucapan yang  menyentuh hati anak-anak SMK Batu Melintang.

Dalam Ucapan tersebut,beliau menasihatkan para pelajar supaya menjaga tingkah laku dan fokus kepada pelajaran.Kepada Ustaz Mohd Ariff Rasidin,admin dan krew buletin smkbm mendoakan ustaz sukses di sekolah baru dan beroleh keberkatan dalam melaksanakan sebarang tugasan.

Dari mana hendak kemana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita jumpa lagi




Ulasan